KUCHING: Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman tidak melarang penganjuran perhimpunan anjuran Persatuan Dayak Iban Sarawak (PDIS) pada 22 Julai 2015 seperti dilaporkan sebelum ini.
Polis Sarawak katanya, hanya melarang perarakan di mana-mana jalan di sekitar bandar raya Kuching memandangkan jalan-jalan yang dicadangkan untuk tujuan itu terletak di tengah-tengah bandar raya ini.
Menurut Sabtu, sebarang perarakan sedemikian akan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk dan mengganggu aktiviti harian dan mencabuli hak kebebasan orang ramai. -Borneo Post.
Post a Comment