KUCHING: PKR Cabang Petrajaya semalam mengakhiri Ziarah Kasih dengan melawat beberapa keluarga bekas aktivis PKR Sarawak.
Program kebajikan tersebut bertujuan untuk menyampaikan bantuan makanan dan minuman selain memperingati jasa aktivis penggerak asal perjuangan PKR Sarawak satu ketika dahulu.
Rombongan PKR Petrajaya yang diketuai oleh Puan Nurhanim Mokhsen, menziarahi Puan Timah Suhai, balu kepada Allahyarham Pak Hassan Abang yang merupakan seorang aktivist parti sehingga ke akhir hayatnya.
Seorang aktivis parti lagi yang sempat diziarahi ialah Abang Pozan di Kampung Tupong Tengah dan keluarga Allahyarham Ahmad Abbas di Taman Malihah.
Selain itu, rombongan tersebut juga singgah menziarahi Nenek Ann Idi di Kampung Gita Laut Tengah yang tinggal seorang diri.
"Walaupun sudah berumur namun Nenek Ann masih sihat. Terharu melihat seorang nenek keseorangan lebih-lebih lagi menjelangnya Syawal. Saya doa kan nenek sentiasa sihat dan gembira", kata Puan Nurhanim yang juga Ketua Wanita PKR Sarawak.
Program Ziarah Kasih ini adalah inisiatif PKR Cabang Petrajaya dan diadakan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal dirayakan beberapa hari lagi.-SarawakLIVE
Post a Comment