PENGSAN DI SISI BOTOL VIAGRA

KUCHING: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta berhampiran kawasan semak di Lorong 2, Jalan Urat Mata di sini, semalam.
Lelaki berusia 49 itu ditemui pekerja pemotong rumput sekitar jam 11 pagi seterusnya memaklumkan perkara itu kepada polis.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan ditemui pada mangsa yang ditemui dalam keadaan duduk di dalam kereta Perodua Kancil.
Menurut sumber, sebiji botol kosong dipercayai mengandungi pil Viagra turut dijumpai di bahagian tempat duduk penumpang depan.
Difahamkan, kereta itu telah berada di tempat berkenaan sejak jam 4 petang kelmarin.
Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke Zon Merah bagi menerima rawatan.
Polis sedang menyiasat kes berkenaan. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget