Orang ramai diminta jimat guna air



KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri taklimat keadaan dan ramalan cuaca monsun barat daya untuk tahun ini bagi negeri Sarawak di pejabatnya di sini.
Awang Tengah ketika bercakap pada sidang media menasihati orang ramai agar menggunakan air secara berjimat cermat pada musim kemarau sekarang.
Menurut beliau fenomena El-Nino sederhana dijangka akan berlaku antara Ogos tahun ini hingga Mac 2016 dan dijangkakan hujan turun dengan begitu sedikit terutama di kawasan utara negeri.
Sementara itu kenyataan akhbar Jabatan Meterologi menyatakan bahawa kemungkinan berlaku kemarau yang berpanjangan.
Justeru, semua pihak berkuasa bekalan air sudah diarahkan untuk bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sejajar dengan pelan kontingensi (luar jangka) kemarau masing-masing, termasuk menyediakan aset seperti lori tangki untuk membahagikan air, pam dan bahan seperti beg pasir untuk meningkatkan paras takungan air sungai.
Keadaan di negeri ini pada amnya tidak kritikal kerana sumber air mentah mencukupi.
Buat masa sekarang sumber air mentah mencukupi kecuali bagi kawasan tertentu seperti Simunjan, Melugu, Beladin, Suai dan Kuala Balingian.
Pembenihan awam masih tidak diperlukan tetapi pihak berkuasa bekalan air terus diarahkan untuk memantau air sungai dengan dekat.
Penghantaran air menggunakan tangki ke kawasan ini akan diberi keutamaan, ujar beliau.
Hadir sama taklimat tersebut adalah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Slyvester Entri Muran, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Sarawak Ubaidillah Abdul Latip, Timbalan Pengarah JKR Sarawak Danien Rangu, Penasihat Kementerian Kemduahan Awam Sung Siew Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Wong Tiong Kai. -Borneo Post.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget