‘Ops Dadu’: Polis serbu dua premis holo

SERBU: Anggota polis merampas beberapa komputer dalam
Ops Dadu di Jalan Buangsiul, Limbang semalam.



LIMBANG: Beberapa kaki judi sedang leka bermain judi siber dan holo tergaman sebaik dua premis perjudiaan di sini diserbu dalam Ops Dadu di sempadan dan pusat bandar hujung minggu lalu.
Serbuan pertama dilakukan di hadapan sebuah kedai makan, Tedungan sekitar jam 2.35 petang Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Limbang, Suprintendan Mohd Bukhori Saffai berkata dalam operasi itu tiga lelaki ditahan termasuk penjaga premis tersebut.
“Kita berjaya merampas pelbagai peralatan judi jenis holo termasuk satu helai kain holo, tiga biji dadu, satu tin pengoncang holo dan wang tunai RM156,” katanya di sini semalam.
Mohd Bukhori berkata, dalam operasi kedua sebuah premis judi siber di Jalan Buangsiul diserbu sekitar jam 8.10 malam Ahad lalu.
“Dua lelaki ditahan dan 10 unit komputer dipercayai mengandungi perisian judi siber dirampas termasuk wang tunai RM310,” jelasnya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. -Borneo Post.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget