Hati-hati salur maklumat ke media sosial: Nancy

Masyarakat harus bertanggungjawab sebelum melakukannya agar tidak membawa kemudaratan kepada negara


PERLU BERHEMAH: Nancy ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin atau ‘Sungkei Bersama Media’ di Hotel Hilton, Kuching, petang kelmarin.

KUCHING: Masyarakat harus bertanggungjawab sebelum menyalurkan sesuatu maklumat ke dalam media sosial agar ia tidak membawa kemudaratan kepada negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menasihati, apabila orang ramai menyalahgunakannya, dengan menyebarkan maklumat salah dengan sewenang-wenangnya, ia akan memberi kesan negatif kepada negara dan ekonomi khususnya.
“Apa yang berlaku adalah apabila seseorang menulis sesuatu yang tidak elok dibaca dan didengar… dari situ timbul banyak masalah lain akan datang… terutama terhadap perasaan orang atau masyarakat yang dikomen.
“Saya terbaca komen dalam media sosial dan jika tidak faham…pastinya menimbulkan tidak puas hati atau tersinggung,” katanya.
“Tetapi mengetahui bagaimana media sosial berfungsi, Nancy berkata: “Bagi saya adalah normal untuk kita rasakan dan tidak mengganggapnya suatu perkara kecil lagi.
“Jadi, masyarakat mesti bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tulis… ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara dan bagi masyarakat berbilang kaum pula perlu bagi memerhatikannya dengan tenang supaya tidak menimbulkan kemarahan dan membawa tekanan.
“Jadi, kita mengharapkan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memikirkan tentang kerajaan agar ia tidak melanggar polisi media sosial.
“Kerana kita dalam kerajaan tidak mahu mengekang penggunaan media sosial dan kebebasan berbicara,” jelasnya.
Tetapi apabila kita melihat ini berlaku jelasnya, kita tahu ia mendatangkan kesan termasuk pengunaan media sosial sendiri.
“Saya sendiri bangun lewat pada setiap pagi kerana mahu memastikan dan kalau ada orang menghubungi saya mengenai perkara tersebut (negatif)… ia suatu yang merisaukan.
“Perkara seperti ini termasuk jenayah boleh timbul dan rusuhan dalam kalangan masayarakat berlaku,” katanya.
Oleh yang demikian, Nancy ketika ditanya mengenai undang-undang sedia ada terhadap kebebasan bersuara menegaskan bahawa ia perlu dipantau dan tidak disalahgunakan.
“Kita sedang memantau daripada aspek undang-undang… adakah ia perlu atau tidak. Kerana kita tidak mahu kejadian seperti tersebut (kemalangan di Low Yat) berlaku lagi.
“Saya rasa kita tidak perlu menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan kepada kita… gunakan sebaiknya,” nasihatnya.
Nasihatnya lagi, lebih-lebih lagi dalam negeri ini yang mempunyai ramai kaum.
“Walaupun ia bukan berlaku di Sarawak tetapi apabila masyarakat mula mempercayai sesuatu perkara itu, pastinya ia akan menjadi viral dan mendatangkan kemudaratan.
“Oleh itu, saya berharap rakyat Sarawak memahaminya dan semua rakyat di negara ini,” ujarnya kepada media malam kelmarin ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin atau ‘Sungkei Bersama Media’ di Hotel Hiiton di sini.
Kira-kira 100 anggota media tempatan hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim. -Borneo Post.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget