Polis tidak benarkan perarakan 22 Julai, ganggu kelancaran lalu lintas


KUCHING: Perarakan bagi memperingati tarikh kemerdekaan Sarawak anjuran Persatuan Dayak Iban Sarawak pada 22 Julai ini adalah tidak dibenarkan oleh polis.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata penganjur tidak dibenarkan mengadakan sebarang perarakan di mana-mana jalan raya di bandar raya Kuching.
“Ini memandangkan jalan-jalan yang dicadangkan untuk tujuan perarakan itu adalah di tengah-tengah bandar raya Kuching.
“Justeru, sebarang perarakan sedemikian akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan semalam sambil menambah, ia akan mengganggu aktiviti harian dan mencabuli hak kebebasan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Kuching juga katanya, telah memberi notis maklum balas yang mengandungi syarat-syarat perhimpunan/perarakan kepada penganjur.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyertai perarakan itu.
“Polis Diraja Malaysia secara tegasnya akan menguatkuasakan undang-undang sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas syarat-syarat yang telah ditetapkan,” ujarnya. -Borneo Post.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget