![]() |
PROMOSI… Snowdan Lawan menunjuk isyarat bagus bersama barisan produksi dan pelakon filem drama Ontorus Antanom di Kuching, semalam. |
KUCHING, Isnin - Filem drama lagenda kaum Murut berjudul "Ontorus Antanom" Bakal ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin merangkap penerbitnya, Snowdan Lawan berkata, filem drama berkenaan diadaptasi daripada buku sejarah. "Ontorus” merupakan seorang raja dan pahlawan kaum Murut pada zaman sebelum kedatangan pihak British ke Borneo Utara. "Beliau yang merupakan nama besar dalam sejarah negeri Sabah memerintah dari kawasan Gunung Kinabalu hingga ke Kalimantan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, jelasnya, penggambaran filem drama "Ontorus" tertumpu pada 1914 apabila kedatangan pihak British yang bertujuan memerintah dan menjajah Borneo Utara. "Banyak babak besar dipersembahkan dalam filem drama ini yang menyentuh perjuangan Ontorus menentang penjajah British. "Meskipun filem drama ini mengisahkan pahlawan dari Sabah namun penggambaran dilakukan di Sarawak yang membabitkan Gua Feri, Kampung Budaya, Matang Family Park, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan lain-lain," tambahnya. Katanya, filem drama itu menelan belanja sekitar RM400,000 dengan tempoh penggambaran selama dua bulan. Sementara itu, Pengarah, Zulkeflie M. Osman berkata, projek filem drama bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu akan mengangkat nama Ontorus setanding dengan pahlawan Iban iaitu Rentap.
"Orang tempatan dan orang luar tidak mengenali Ontorus sedangkan beliau adalah tokoh yang besar dalam sejarah. "Keistimewaan filem drama ini apabila menggunakan Bahasa Murut dan terdapat adegan yang menarik," tegasnya. Beliau jugs berkata, penggambaran dilakukan pada bulan puasa dengan tujuh orang pelakon utama, 12 pelakon sokongan manakala 120 lagi pelakon tambahan. "Watak Ontorus dipegang oleh Ebi Kornels yang ditangkap dan dihukum mati pada April 1915,' ujarnya. –Utusan Sarawak.
Post a Comment