KDN 'perhati' Claire Recastle Brown


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan kerajaan boleh bertindak terhadap editorSarawak Report, Claire Recastle Brown jika mendapati ada unsur jenayah terlibat.

Kata Ahmad Zahid tindakan boleh diambik kerana kerjasama dan pertukaran maklumat risikan memang terjalin antara Malaysia dan Britain.

"Bergantung kepada siasatan polis kelak, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra jika terdapat unsur prima facie untuk tindakan perundangan terhadap Claire Brown," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Claire adalah salah seorang individu yang paling utama dalam laporan mendedahkan isu 1MDB dalamSarawak Report.

Kata Ahmad Zahid, kerjasama memang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia dan Scotland Yard.

Ia, katanya memudahkan tindakan susulan dibuat jika tindakan mengekstradisi diperlukan.

"Sebagaimana prinsip soverignity (kedaulatan) yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain.

"Biarpun kebebasan pendapat diraikan oleh Malaysia, namun sebarang maklumat yang dipinda dan diada-adakan tidak boleh diterima.

"Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Claire Brown mempunyai niat jahat," kata Zahid.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget