Fadillah Yusof: Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2015



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd

Assalamualaikum WarahmatuLLahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk beramal ibadat dalam keadaan aman dan sejahtera sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Pastinya Ramadhan ini akan dirindui dan marilah kita berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.


Esok kita akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Pastinya banyak persiapan yang telah dibuat bagi meraikan hari yang mulia ini. Segala juadah serta pakaian sudah pasti tersedia untuk menyambut ketibaan para tetamu berbilang bangsa. Inilah keistimewaan kita yang hidup dalam masyarakat majmuk. Semangat kunjung mengunjung berkongsi kebahagiaan ini haruslah dikekalkan. Keharmonian dan perpaduan yang diwarisi ini haruslah dijaga agar kemakmuran dan kemajuan dapat nikmati bersama.

Dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri ini, janganlah lupa buat mereka yang kurang berkemampuan. Hulurkanlah salam dan pertolongan agar mereka dapat merasai nikmatnya Aidilfitri bersama kita.

Kepada yang memandu balik ke kampung, pandulah dengan berhati-hati dan ikutlah peraturan serta arahan pihak berkuasa. Semoga perjalanan anda selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Saya juga ingin menjemput tuan-tuan serta puan-puan sekeluarga untuk ke rumah terbuka Aidilfitri saya seperti berikut:

Tarikh : Ahad, 19 Julai 2015 
Alamat : Jalan Bakti 1B3, PJ Height, Jalan Sultan Tengah, Kuching, Sarawak (belakang Sego Centre) 
Masa :11.00 pagi – 5.00 petang.

Mewakili keluarga serta seluruh warga Kementerian Kerja Raya serta Agensi-agensi, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Kullu am wa antum bikhair, Minal aidin wal faizin.

Sekian, ikhlas daripada,

Fadillah Haji Yusof
Menteri Kerja Raya Malaysia
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya

-SarawakLIVE

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget