Sempena Aidilfitri yang mulia ini, marilah kita meneguhkan azam untuk memelihara hubungan kaum agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara serta rakyat.
Ketepikanlah segala persengketaan yang tidak mendatangkan keuntungan.
Jadikanlah perayaan ini sebagai peluang untuk kita bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi perpaduan sesama kita menerusi amalan rumah terbuka dan kunjung mengunjungi.
Bagi mereka yang memandu, berhati-hatilah dan ingatlah orang tersayang.
Ingatan tulus ikhlas juga kepada mereka yang berada di perantauan.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya serta seluruh keluarga saya.
-SarawakLIVE

Post a Comment