DAP Sarawak kemuka cadangan kawal harga getah



KENYATAAN AKHBAR MENDESAK KERAJAAN MENERIMA 5 CADANGAN DAP UNTUK MENGAWAL KEJATUHAN HARGA GETAH


Kenapa harga getah sekilo di pasaran terlalu rendah iaitu RM2.00? Untuk dapatkan sekilo getah, kamu terpaksa menoreh 10 batang pokok sepanjang 30 meter untuk dapatkan RM2.00! Betapa susahnya hidup penoreh getah berhadapan dengan pasaran kapitalis! Sepatutnya harga getah ditetapkan dengan harga RM4.00 sekilo! Kenapa teruk sangat Menteri kita menguruskan ekonomi? Dulu getah merupakan bahan eksport utama negara, sekarang bagaimana? Pihak kerajaan perlu menetapkan harga getah ke paras yang lebih tinggi untuk meningkatkan pendapatan penoreh getah. Bukannya memotong subsidi rakyat!

Tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM1.60 (Sarawak), RM2.05 (Sabah) dan RM2.20 (Semenanjung). Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi. Saya menuntut harga lantai getah RM4 sekilo untuk penoreh getah!

TIDAK MEMAKSIMUMKAN HASIL
Ketidakupayaan memaksimumkan hasil telah merugikan ladang-ladang komersil kerana gagal meraih keuntungan pada masa harga getah di tahap yang tinggi. Kekurangan hasil membawa kepada kemerosotan eksport getah negara dan turut menjejaskan bekalan bahan mentah (getah asli) bagi keperluan dalam negara sendiri. Getah asli pada masa sekarang menjadi begitu penting sekali kerana kekurangannya amat menjejaskan industri hiliran negara yang berasaskan lateks.

KETIDAKSTABILAN HARGA DI PASARAN DUNIA
Terdedah kepada ketidakstabilan harga di pasaran dunia kerana sifat permintaan dan penawaran komoditi yang tidak anjal memberi kesan kepada pendapatan negara. Pengeluaran getah meningkat pada kadar purata 3.9 peratus setahun. Permintaan kukuh adalah dari China, pengguna terbesar getah dunia yang turut membantu menyokong harga komoditi berkenaan.

STOK PENIMBAL MALAYSIA SANGAT LEMAH
Penggunaan getah dunia adalah sekitar 20 juta metrik tan setahun dimana 60% adalah getah sintetik dan 40% adalah getah asli. Apabila harga minyak jatuh, permintaan atas getah asli berkurang apabila pengguna akan beralih kepada getah sintetik yang lebih murah. APA SEBAB PERKARA INI BERLAKU? Sebabnya, Malaysia belum lagi mampu mempunyai kekuatan stok penimbal yang boleh mengawal harga pasaran dunia.

CADANGAN DAP KEPADA KERAJAAN
Masalah-masalah di atas dapat di atasi jika 5 cadangan ini diterima oleh pihak kerajaan:
1. Memberi kuasa kepada LGM mendapatkan dokumen kontrak syarikat yang menjadi rujukkan harga purata getah.
2. Menetapkan harga lantai yang munasabah bagi pekebun kecil getah.
3. Menetapkan harga kos atau harga kilang pada aras RM1 bagi setiap kilogram getah
4. Mengkaji kesesuaian pekebun menanggung kos penyelidikan dan kos tanaman semula dalam keadaan harga getah yang sangat rendah.
5. Memberi bantuan-bantuan jangka pendek kepada pekebun-pekebun kecil getah seluruh Negara.
Kerajaan perlu bertindak dengan segera menangani kemelut harga getah ini dengan menerima 5 cadangan yang dikemukakan.

9-7-2015
ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget