CHONG TIDAK SAMAN PIHAK TUDUHNYA PALSU DOKUMEN BAGI JATUHKAN NAJIB

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh beliau antara pemimpin pembangkang memalsukan dokumen dengan niat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Chong menegaskan, tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak menuduhkannya kerana hakikatnya beliau tidak tahu tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau yang ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin, menyifatkan tuduhan itu  ‘mengarut” dan tidak masuk akal.
“Saya tidak kisah… dia (penuduh) tidak berbaloi (untuk diambil tindakan undang-undang),” tegasnya ringkas.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata demikian apabila diminta meng-ulas mengenai laporan polis dibuat menyatakan bahawa beliau dan Naib Pengeruri PKR Sarawak See Chee How bersama Sarawak Report memalsukan dokumen-dokumen mengenai 1Malaysia Development Berhad (IMDB) yang digunakan untuk menjatuhkan Najib.
Laporan polis dibuat Pre-siden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao Krishnan Naidu, yang mendakwa beliau berbuat demikian bagi pihak Lester Melanyi, seorang bekas wartawan tempatan.
Baru-baru ini Lester dikata-kan memberitahu akhbar kebangsaan berbahasa Inggeris bahawa beliau cuba memaklumkan beberapa individu mengenai usaha Sarawak Report dan pemimpin-pe-mimpin pembangkang memalsukan dokumen-dokumen mengenai 1MDB dan Perdana Menteri sebelum portal berita itu menyiarkannya.
Bagaimanapun Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata beliau tidak tahu mengenai laporan itu dan tidak pernah bercakap dengan Sarawak Report  mengenai 1MDB.
“Itu datangnya dari tong sampah. Tidak, saya tidak baca laporan polis itu. Dia (penuduh) bercakap mengenai pertukaran e-mel 1MDB, bukan? Saya tidak pernah berurusan dengan beliau.
“Saya tidak pernah ber-urusan dengan Sarawak Report mengenai 1MDB tetapi perkara lain ada.
“Ya, ada bercakap mengenai Titanium, projek jambatan dan 269 ekar tanah negeri yang dijual sangat murah kepada Titanium Management Sdn Bhd.
“Isu-isu lain, ya (ada) saya maklumkan kepada Sarawak Report. Apa yang saya maklumkan kepada Sarawak Report adalah perkara yang saya maklumkan kepada media tempatan dan saya me-ngatakan perkara sama ketika berceramah, tidak lebih daripada itu,” tegasnya. -Borneo Post.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget