JULAU: Ahli perniagaan tempatan, Belayong Jampung sekali lagi disenaraikan sebagai salah seorang calon bertanding atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Presiden SPDP Datuk Seri Tiong Sing King berkata, Belayong menjadi taruhan SPDP bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.
“Saya tahu ada calon lain yang sudah bergerak dan mengeluarkan kenyataan media.
“Tetapi, saya tetap berpegang kepada kenyataan yang saya buat sebelum ini meletakkan Belayong sebagai calon yang mewakili SPDP.
“Orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Majlis ‘Ngiling Bidai’ di Rh Jawang, Bukit Sri di sini.
Hadir sama Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum.
Tiong berkata, beliau menyokong Belayong kerana beliau sudah mula diterima rakyat di kawasan Meluan.
“Saya tahu beliau sangat rajin dan bersedia menjadi seorang wakil rakyat dan SPDP amat memerlukan orang seperti dia,” jelas beliau.
Sementara itu, Tiong mengumumkan geran sejumlah RM100,000 untuk Rumah Jawing.
- Borneo Post
Post a Comment