MIRI: PAS Miri yang diketuai oleh saudara Mohammad Arifiriazul mengadakan Program Jom Sahur 3.0 awal pagi tadi.
Juadah sahur diagihkan kepada penjawat awam yang sedang bertugas di Balai Polis Miri, Balai Bomba Lopeng dan Kem Askar RAMD.
Program ini sebagai menyambut Ramadhan dan tanda penghargaan terhadap penjawat awam yang bertugas tanpa mengira waktu.
Destinasi terakhir program tersebut ialah lokasi kebakaran tanah gambut di Kuala Baram untuk menyampaikan juadah sahur kepada ahli bomba yang sedang bertugas.-SarawakLIVE
Post a Comment