Adam: PAS Sarawak komited perjuang isu rakyat




KENYATAAN MEDIA

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SARAWAK (BPPNS)

26 Ramadan 1435H / 13 Julai 2015


PAS SARAWAK KOMITED MEMPERJUANGKAN ISU-ISU RAKYAT SARAWAK

PAS Sarawak mengambil maklum dan menyokong penuh keputusan Majlis Syura 'Ulamak (MSU) berkenaan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi PAS dengan DAP, tetapi mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Umum mengetahui DAP Sarawak sudah lama mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PAS sejak setahun yang lalu. PAS Sarawak mengambil sikap terbuka dan rasional serta terus mendepani masa depan politiknya di Sarawak tanpa tergugat dengan keputusan sedia ada oleh DAP Sarawak bagi memberikan fokus penuh terhadap isu-isu rakyat Sarawak.

PAS Sarawak akan terus komited terhadap dasar bersama PR dan menghormati prinsip parti lain dalam PR. PAS Sarawak juga akan terus menjadi "check and balance" kepada kerajaan BN Sarawak.

Idea-idea PAS Sarawak seperti Royalti 20%, penghapusan tol-tol jambatan, pendidikan yang sempurna serta menyeluruh, penambahbaikan ekonomi sosial rakyat diangkat menjadi perjuangan PAS Sarawak dan telah pun diterima sebagai perjuangan rakyat Sarawak.

PAS Sarawak akan terus menjadi parti yang memberi idea-idea segar bagi membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Kejayaan PR pada PRN yang lepas ialah kejayaan untuk bertanding semua kerusi, 1 lawan 1 melawan BN. PAS Sarawak menyeru kesefahaman 1 lawan 1 akan terus menjadi muafakat bersama walaupun tanpa koalasi formal. Parti-parti pembangkang diseru untuk tidak hilang fokus dan meneruskan perjuangan membela rakyat Sarawak.

PAS Sarawak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

HJ ADAM AHID
PESURUHJAYA PAS SARAWAK

-SarawakLIVE


Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget