10 keluarga terima bantuan muslimat PAS Petrajaya



KUCHING: Dewan Muslimat PAS Kawasan Petrajaya ( DMPK) semalam terus memberi khidmat kepada penduduk di sekitar Kampung Sungai Midin, Semariang.

Seramai 10 buah keluarga menerima sumbangan Kit Bantuan Makanan( KBM) Harian daripada DMPK yang diketuai oleh Ummi Habsah. 

Keluarga yang diziarahi ini rata-rata sedang membuat persiapan hari raya. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, namun persiapan Aidilfitri kali ini tetap disambut secara sederhana.

" Kami, Dewan Muslimat PAS Kawasan Petrajaya sentiasa prihatin terhadap keperluan semasa penduduk sekitar Semariang ini. Walaupun, sumbangan yang diberikan tidaklah begitu besar, tetapi sumbangan serta ziarah ini dapat membina silaturrahim bersama penduduk kampung di sekitar kawasan ini " ujarnya.

Ziarah kebajikan ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi meringankan beban rakyat yang kini semakin terhimpit dengan Isu GST.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget