TPPA buka peluang produk Israel ke Malaysia


PETALING JAYA: Tindakan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memberi ruang kepada Israel untuk membawa masuk produk mereka ke negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hatta Ramli, berkata Israel akan menggunakan TPPA untuk menembusi negara Islam seperti Malaysia dan Brunei berikutan hubungan dagangnya yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS).

“Apakah hubungan perdagangan AS (melalui TPPA) ini mungkin menjadi satu cara produk Israel pergi ke Malaysia dan produk Malaysia ke Israel melalui Amerika. Kita perlukan penjelasan daripada kerajaan,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Krai itu menyifatkan tindakan kerajaan menandatangani TPPA turut menjejaskan hubungan dengan China, di mana mereka merupakan pesaing utama Amerika Syarikat.

“Saya khuatir langkah TPPA ini akan dilihat China sebagai tindakan mencari musuh dan perkara itu sudah pasti tidak bagus untuk Malaysia.

“TPPA juga akan membentuk satu kumpulan yang menunjukkan saingan yang kuat daripada aspek geo politiknya dengan China. Kita khuatir negara berhadapan dengan hubungan perniagaan yang tidak stabil dengan China yang merupakan rakan perdagangan terbesar kita,” katanya.

Hatta berkata, TPPA tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada negara ini, malah ia hanya akan menyebabkan harga produk tertentu meningkat.

“Berdasarkan kajian, kesan TPPA terhadap ekonomi kita tidaklah besar mana, malah ia juga menyebabkan kos sara hidup meningkat.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget