SUPP masih bincang calon PRN kerusi Tanjung Batu, Samalaju


BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu masih mengadakan perbincangan lanjut untuk meletak calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu dan DUN Samalaju.

Pengerusinya Johny Pang berkata, memang ada calon SUPP berpotensi untuk diletak bertanding di dua kawasan itu namun mereka masih berbincang mengenainya kerana akan bertanding di dua kawasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Antara calon wanita di-sebut-sebut ialah Ketua Biro Aduan Awam merangkap Setiausaha serta Penasihat Undang-Undang Bahagian Pemuda SUPP Cawangan Bintulu Soo Li Ching.

Johny berkata demikian semasa ditemui sempena kunjungan hormat dan sesi dialog bersama Jabatan Suka-relawan Malaysia (RELA) Daerah Bintulu di Wisma Persekutuan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan cada-ngan 11 kerusi baharu di bawah persempadanan semula bahagian pilihan raya menjadikan 82 kerusi semuanya bagi negeri ini berbanding 71 sebelumnya.

Kerusi tersebut terdiri daripada N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Selain mencadangkan 11 kerusi baharu bagi DUN, proses persempadanan semula ini membuat pindaan nama kepada satu kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.

Kerusi Parlimen ditukar nama itu ialah Parlimen Mambong ditukarkan menjadi Parlimen P198 Puncak Borneo manakala empat kerusi DUN ditukar nama ialah N19 Mambong (daripada nama asal Bengoh), N34 Batang Ai (Batang Air), N41 Kuala Rajang (Belawai) dan N68 Tanjung Batu (Kidurong).

Dalam pada itu, Johny menggesa supaya lebih ramai pemuda Cina menyertai RELA sebagai platform untuk meningkatkan disiplin mereka.- Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget