STAR umum tanding 27 kerusi DUN wilayah tengah


SIBU: Parti Reformasi Negeri (STAR) akan bertanding di 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan wilayah tengah termasuk meletakkan calon di kerusi Kakus, Semop termasuk kawasan Parlimen Bintulu.

Presidennya Dr Dripin Sakoi berkata di Sibu dua daripada lima kerusi telah disah ditandingi termasuk meletakkan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Simon Tiong di DUN Nangka.

Manakala Wong Sing Wei, 40, seorang ahli perniagaan pula akan bertanding di Bawang Assan dan calon bertanding di tiga lagi kerusi Bukit Assek, Dudong dan Pelawan telah dikenal pasti tetapi belum diumum identiti masing-masing.

“Pencalonan mereka telah dipersetujui dalam mesyuarat parti peringkat pusat yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuching pada Disember tahun lalu,” katanya selain turut menamakan Simon sebagai naib presiden STAR serta pengerusi STAR kawasan wilayah tengah.

Terdahulu, beliau merasmikan bilik gerakan STAR yang terletak di Jalan Persiaran Brooke di sini semalam dan majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung dan Bendahari STAR Pusat Donny Ruing serta Lina Soo.

Menurut Dripin, STAR lebih kepada perjuangan dalam menuntut hak serta membela nasib rakyat negeri ini.

Sementara itu, Lina berkata STAR turut bekerjasama dengan parti-parti lain kecuali Barisan Nasional (BN) namun ia dilakukan menerusi perbincangan biasa.

“Kami juga bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para aktivis,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Simon berharap STAR akan diterima baik oleh masyarakat di wilayah tengah khususnya, termasuk memberi sokongan padu pada PRN nanti.-Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget