Sekolah di S'wak akhirnya dapat tilam, bantal baru




Sebuah sekolah menengah di Sarawak akan mendapat tilam dan bantal baru selepas ADUN Baru Bian menyiarkan kisah pelajar di sana yang hanya disediakan tilam lama, berwarna lusuh dan koyak.
Gambar yang diambil oleh isteri ADUN Ba 'Kelalan di sebuah syarikat pengangkutan Selasa lalu menunjukkan tilam baru dan bantal ditandakan untuk SMK Sundar.
The Borneo Post memetik Baru sebagai berkata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah bercakap dengan beliau mengenai perkara itu pada Isnin lalu.
Berdasarkan perbualan dengan Fatimah - yang bertanggungjawab dalam pendidikan di negeri ini - Baru percaya Fatimah tidak meragui dakwaannya mengenai kekurangan kemudahan asrama dan buku teks yang tidak mencukupi serta koyak yang diberikan kepada pelajar.
"Saya menghargai hakikat bahawa Fatimah telah mengambil serius mengenai perkara ini," beliau dipetik sebagai berkata.
Baru awal minggu ini berkata beliau menerima gambar dari ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk memulakan sesi persekolahan di SMK Sundar.
Gambar-gambar itu menunjukkan bahawa buku-buku teks yang diberikan kepada murid-murid tidak mencukupi, lama dan koyak, dan tilam di asrama juga lama, lusuh dan koyak.
Memetik cakap ibu bapa, Baru berkata buku teks pelajar hancur 'seperti makanan ikan'.
"Tubuh badan yang mahu membesar memerlukan rehat yang betul tetapi mereka diberi tilam yang koyak, berwarna, berbau dan tidak bersih," kata Baru. -MalaysiaKini.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget