Pemuda PAS Sarawak sambut tahun baru dengan Buskers Lambak


KUCHING: Pemuda PAS telah menampilkan sedikit kelainan dalam meraikan kedatangan tahun baru 2016. Sambutan tahun baru dimulai dengan Buskers Lambak pada malam tahun baru 2016 yang bertempat di D’Tambang Cafe, Jalan Astana.

Program tersebut telah menampilkan sebuah indie band lokal iaitu Imaginasi Band yang telah menyampaikan 9 buah lagu.

Turut hadir bersama dan menyampaikan amanat tahun baru 2016 kepada anak muda yang hadir adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Saudara Ir. Haji Khairil Nizam. Program yang berakhir selepas 12 tengah malam itu diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai.

Sambutan tahun baru diteruskan dengan tiga lagi program kebajikan iaitu Ziarah Kebajikan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Gunting Rambut Percuma untuk penduduk di DUN N.07 Samariang pada keesokan paginya.

Program satu hari yang dianjurkan bertempat di Emart Express Sukma Ria itu mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada pengunjung-pengunjung yang hadir. Alhamdulillah, seramai hampir lebih sepuluh keahlian baru diterima oleh PAS pada pagi itu.

Pemuda PAS yakin bahawa sambutan tahun baru itu tidak seharusnya berunsurkan hiburan semata-mata. 

Anak muda perlu diseimbangkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keharmonian bagi memastikan generasi yang lebih baik bagi menguruskan negeri ini dimasa akan datang. 

Hiburan yang banyak pada hari ini wajar ditambah baik dengan menjadikan hiburan itu sendiri bersifat mendidik.

PAS Samariang

-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Wasn't haram to celebrate New Year?

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget