KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas terus terbuang apabila DAP, PKR dan PAN mengumumkan pakatan pembangkang baharu itu telah mencapai persetujuan muktamad tanpa penglibatan Pas.
Malah, Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, persoalan mengenai Pas langsung tidak dibincangkan sekali gus mencerminkan kedudukan parti tersebut seolah-olah sudah tiada nilai.
Wan Azizah berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditanya butiran perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Wisma Amanah Negara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.