PAS Bintulu Santuni Anak Yatim


BINTULU- PAS Bintulu telah mengadakan program lawatan dan sumbangan ke Kompleks Anak Yatim Bintulu, di Kg Jepak hari ini. Rumah anak-anak yatim yang dikenali sebagai Kompleks PERYATIM ini menempatkan 70 orang yatim adalah merupakan satu-satunya rumah anak yatim di sini. 

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi meneruskan kesinambungan aktiviti kebajikan PAS Bintulu demi membantu PERYATIM dari segi kewangan, makanan dana keperluan harian mereka.

Dalam ucapan sempena lawatan tersebut, Tn Hj. Kiprawi Aman, Ketua Penerangan PAS Bintulu menyatakan penghargaan kepada pihak pengurusan PERYATIM yang diwakili oleh Pengurus Puan Nor Hafiza kerana sudi menerima kunjungan dari PAS Bintulu . 

Beliau turut mengambil kesempatan untuk memberikan nasihat kepada anak-anak PERYATIM supaya terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengejar kejayaan dalam apa-apa jua bidang. 

Beliau juga turut menyeru semua pihak agar turut sama membantu menyumbangkan apa-apa sahaja keperluan seperti beras, gula, barang keperluan memasak serta keperluan sekolah kepada anak-anak di sini.

Dalam program yang sama, PAS Bintulu turut menyumbangkan sejumlah wang sebagai tambahan kepada dana pembelian bas untuk Kompleks PERYATIM ini. Kemudahan bas sememangnya amat diperlukan bagi memudahkan pergerakan mereka. Sumbangan tersebut turut disampaikn oleh Tuan Haji Kiprawi Aman kepada Puan Nor Hafiza yang mewakili pihak pengurusan kompleks ini.

Bagi mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan, terutamanya sebagai tambahan kepada dana pembelian bas ini, bolehlah menyalurkannya terus ke dalam akaun PERYATIM iaitu : RHB Bank atas nama LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM, NO. AKAUN 2610 5700 001172. PAS Bintulu juga bersedia untuk menyampaikan sumbangan anda sebagai wakil. Sebarang sumbangan boleh juga dimasukkan ke dalam Akaun Bank Islam PAS KAWASAN BINTULU 1103 1010 0216 54.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget