Mengapa Calon Ketua Menteri Sudah Berputus Asa?


Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, bahangnya tidak sehangat PRN ke 10 yang lalu. Pihak pembangkang kelihatan seolah hilang modal, seakan tidak ada apa yang menarik untuk mereka tawarkan kepada rakyat, sementara kem Barisan Nasional (BN) pula seolah-olah terlalu yakin mereka akan merampas semua 82 kerusi yang ditandingi.

Sentiment Dayak yang sering dijaja dengan begitu laris untuk meraih sokongan rakyat, kali ini seperti tidak mendapat perhatian.

Sehinggakan ada yang berpendapat, pada PRN kali ini pembangkang bagaikan hilang motivasi diri.

Ketua Pembangkang dari PKR Sarawak, Baru Bian yang pernah dimahkotakan oleh kaum dayak sebagai bakal Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas tahta kerajaan negeri pada PRN ke 10, kini tidak lagi mampu bersuara seperti dulu.

Mungkin kaum Dayak tidak mahu mencalonkan semula Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri, sehinggakan Baru Bian terkapai-kapai mencari sentuhan sebagai “Bekas Bakal” yang sudah hilang taring.

Sebelum ini Baru Bian berjanji sekiranya beliau berjaya jadi Ketua Menteri Sarawak, beliau akan kembalikan sungai, hutan serta unggas-unggasnya kepada rakyat Sarawak, khususnya kaum dayak. Apakah kini sudah tidak ada sungai, laut, hutan atau pelanduk untuk ditawarkan kepada rakyat?

Untuk mengatakan semangat juangnya ‘terkurung’ bersama Anwar di penjara sungai buloh adalah kurang tepat, kerana perjuangan Baru Bian adalah untuk kaum Dayak yang dahagakan pembaharuan, bukan untuk Anwar yang sarat agenda peribadi.

Seketika, Baru Bian cuma bernasib baik, bila tilam, bantal dan selimut di SMK Sundar dalam keadaan lusuh serta koyak. Jika semua itu dalam keadaan elok, pastinya suara Baru Bian tidak terpampang didada akbar.

Ya, pemimpin DAP seperti Chong Chieng Jen memang lebih dominan dan vocal sepanjang penggal, secara populariti pemimpin DAP memang jauh di depan.

Ada sumber yang berkata, Baru Bian lebih banyak berdiam diri kerana sudah tidak mendapat sokongan dari rakan DAP Sarawak. Malah pembangkang Sarawak turut tidak lagi meletakkan Baru Bian sebagai selebriti dimata rakyat negeri ini.

Sikap menyepi Baru Bian sememangnya menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, apakah punca beliau berputus asa serta tidak lagi berminat untuk jadi model Bakal Ketua Menteri Sarawak?

Mungkinkah kerana persaingan dengan DAP atau sudah tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan?-Sarawak Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget