Jentera Pemuda UMNO Bantu Kempen Di Sarawak

Meskipun Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Adenan Satem berkali-kali memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan beroperasi di Sarawak, namun menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung, pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin mengumumkan akan membantu membuka bilik operasi di Kuching bagi membantu jentera Barisan Nasional Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia memberitahu perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

“Kita akan buka bilik gerakan Pemuda Barisan Nasional di Sarawak (Kuching) dalam masa yang terdekat dan Saya telah minta supaya Jentera Pemuda Umno memainkan peranan,

“Hari ini juga saya telah beri arahan kepada semua supaya kita memainkan peranan sokongan di negeri Sarawak,” kata Khairy lapor Astro Awani

Bagaimana pun, Khairy menjelaskan kempen jentera untuk Pilihanraya Negeri Sarawak akan diterajui oleh Pemuda BN Sarawak.

Sebelum ini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membayangkan kemungkinan Pilihanraya Negeri Sarawak akan diadakan pada bulan Mac.

Kehadiran jentera parti UMNO di Sarawak pasti menarik perhatian pelbagai pihak berikutan kelantangan Adenan sebelum ini mengkritik parti itu sebagai "parti rasis" kerana terlalu vokal memperjuangkan hak bumiputera dan agama islam.

Ini kerana teras perjuangan politik Sarawak lebih kepada untuk mempertahankan hak Sarawak untuk Bangsa Sarawak, berbeza dengan perjuangan politik UMNO yang berteraskan perkauman dengan meletakkan kepentingan bumiputera sebagai agenda. 

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget