DAPSY suruh Ibrahim Ali pergi cukupkan tidur


PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali tidak perlu merasa bimbang sehingga tidak tidur selama 50 jam hanya kerana anggapannya yang DAP itu anti Melayu dan Islam.

Aktivis Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Subang, Edry Faizal Yusof, berkata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) itu sepatutnya berehat dan tidak perlu memikirkan perkara itu.

“Saranan saya pada usia demikian sepatutnya Ibrahim banyakkan berehat dan jangan mudah terkejut dengan perkara yang tak perlu rasa terkejut pun. Jangan seksa diri.

“DAP banyak kali sudah mengulangi pendirian bahawa DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Free Malaysia Today, di sini, semalam.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ibrahim bahawa beliau tidak boleh tidur sehingga 50 jam kerana memikirkan DAP yang menyatakan mereka bukan parti anti Melayu dan Islam.

Edry Faizal menambah, perkara itu termasuklah kandungan Perlembagaan Persekutuan dan juga hak beragama semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, seorang lagi aktivis DAP, Young Syefura Othman, melahirkan rasa simpati terhadap Ibrahim sehingga tidak boleh tidur memikirkan DAP.

Menurutnya, Ibrahim berkemungkinan bimbang parti itu dapat membuang persepsi anti Melayu dan anti Islam yang dilabel sejak lebih 50 tahun lalu.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget