DAP S’wak depani cabaran besar dalam PRN: Kit Siang


KUCHING: Pilihan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kunci utama kepada perubahan sebenar Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata DAP Sarawak akan memasuki cabaran peringkat keempat dalam sejarah dan pergerakan parti sejak penubuhannya pada 1978.

“PRN yang akan datang ini adalah pengenalan kepada PRU 2018 dan ia adalah cabaran terbesar bagi Sarawak,” katanya pada Jamuan Malam Amal DAP di Crown Towers di sini kelmarin.

Lebih daripada 1,000 tetamu hadir pada jamuan itu yang turut dihadiri Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen serta pemimpin DAP negeri lain.

Tambah Lim, DAP akan meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini dan beliau mengingat banyak cabaran serta halangan perlu dihadapi DAP terutama dalam PRN akan datang.

“Anda (pengundi) akan menentukan hala tuju negara kita pada PRN nanti yang akan mempengaruhi PRU 2018.

“Segalanya adalah mungkin dan kita harus bekerja keras untuk menumbangkan Najib (Perdana Menteri) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018,” tambahnya.

Sementara itu Chong dalam ucapannya berkata menyentuh amalan rasuah dalam kerajaan BN terutama dalam sektor pembalakan dimana katanya kira-kira 9.2 juta ekar kawasan konsesi pembalakan telah dikeluar.

“Jika Adenan (Ketua Menteri) benar-benar mahu menjadikan Sarawak tempat terbaik, beliau boleh membatalkan lesen konsesi pembalakan dan menghentikan  penebangan hutan ke atas kawasan sebegitu besar,” katanya.

Dalam beliau mengkritik kerajaan, Chong pada masa sama turut memuji langkah kerajaan negeri mendapatkan autonomi besar bagi Sarawak.

“Dengan cara ini rakyat akan mendapat menikmati kehidupan lebih baik lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan dan negara untuk mencapai status maju,” tambahnya.

Meskipun Adenan kini disukai ramai tetapi beliau masih lagi di bawah parti BN yang kotor dan beliau tidak dapat mengubah negara sendirian.

Perubahan kepada era politik baharu hanya dapat berlaku dengan perubahan dalam kerajaan, kata Chong pada jamuan tersebut yang turut menyaksikan penyampaian hadiah penghargaan kepada 29 veteran dan pesara ahli-ahli DAP Sarawak.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget