DAP Sarawak Berdepan Halangan Sukar Mempertahankan Kerusi Pada PRN


DAP Sarawak dijangka berdepan keadaan sukar bagi mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya negeri.

Susulan peningkatan sokongan terhadap Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, BN dijangka menang di semua kerusi majoriti Islam dan penduduk pribumi, kata penganalisis James Chin.

“Kerusi Cina satu-satunya kerusi dalam bahaya. Selagi pertembungan satu sama satu BN-DAP, BN akan dapat kurangkan majoriti DAP.

“Tetapi jika keadaan tiga penjuru antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan DAP, ia akan beri kemenangan mudah buat DAP,” kata Chin (gambar).

DAP mendapat kerusi paling banyak dalam pilihan raya negeri 2011. Parti itu menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Sekutu mereka PKR sebaliknya hanya memang di tiga daripada 49 kerusi ditandingi.

Chin berkata PKR akan menunjukkan prestasi lebih baik di kawasan bandar. Tetapi masalahnya, kata Chin, DAP juga mahukan kerusi sama.

Beliau bagaimanapun difahamkan kedua-duanya parti itu sedang menyelesaikan isu pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertambahan 11 kerusi baru selepas persempadanan semula.

Daripada jumlah itu, tujuh daripadanya kawasan majoriti pribumi dan tiga lagi kawasan Melayu Melanau.

Hanya sebuah kerusi, Batu Kitang, kawasan majoriti Cina, akan menjadi penentu untuk Adenan melihat sama ada popularitinya turut sampai kepada masyarakat itu.

Adenan mencipta popularitinya berbanding pendahulunya Tan Sri Taib Mahmud, dengan bercakap soal-soal autonomi, membanteras rasuah dan pemansuhan tol di negeri itu.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget