DAP akhirnya mengaku susahkan Pakatan Harapan


DAP akhirnya mengakui bahawa parti itu sememangnya menyusahkan Pakatan Harapan apabila berterusan menyinggung perasaan bangsa Melayu.

Menurut Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming, tindakan parti itu selama ini hanya merugikan DAP sendiri serta parti sekutunya kerana matlamat untuk menawan Putrajaya akhirnya menjadi sia-sia.

“Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, malam tadi.

Memberi contoh mudah, beliau menjadikan kenyataan Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke Malaysia sebagai tindakan yang katanya, mengejutkan banyak pihak.

“Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti, akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment).

“Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” tambahnya.

Berikutan itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam forum yang sama turut menyatakan adalah penting untuk Pakatan Harapan mengenengahkan isu dan tawaran yang melibatkan orang Melayu secara bersatu dan bersama.

“Sekarang kita perlu berhadapan dengan isu realiti iaitu kita perlu menyuarakan kebimbangan Melayu.

“Sama ada itu propaganda mainan dalam kepala, kita kena yakinkan bahawa kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu lebih baik,” ujar beliau.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget