Chegubard dipanggil hadap Lembaga Disiplin PKR


SHAH ALAM: Ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin dipanggil menghadap lembaga displin parti itu pada 11 Januari ini.

“Baru mendapat mesej daripada Jawatankuasa (Lembaga) Displin PKR memaklumkan yang saya dipanggil untuk hadir ke satu sesi pendengaran dan siasatan di ibu pejabat parti pada jam 3.30 petang, 11 Januari nanti.

“Sekurang-kurangnya suara dan desakan didengar. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pengerusinya Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil, ia dipercayai berikutan siri kritikannya terhadap kerajaan Selangor, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Chegubard ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak jawatankuasa tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil.

“Mereka hanya meminta saya untuk hadir dan tidak beritahu sebabnya. Namun saya melihatnya sebagai peluang yang baik untuk memberi penjelasan (tentang perkara yang bakal dibangkitkan),” katanya kepada FMT.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Selangor dan Azmin, antaranya berhubung projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja RM9.8 juta dan dakwaan penganugerahan dua kawasan pembalakan tanpa tender terbuka.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget