Bersih tak perlu beri notis anjur program Yellow Mania, lapor akhbar


Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tidak perlu memberi notis kepada polis mengenai rancangannya mengadakan perayaan Yellow Mania minggu depan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, menurut The Star Online.
Ini kerana acara itu, yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 Januari, akan diadakan di kawasan yang tertutup, katanya dalam satu kenyataan.
Tetapi, beliau menambah, Bersih 2.0 bagaimanapun perlu memaklumkan kepada polis mengenai rancangannya supaya pihak berkuasa boleh membantu dari segi kawalan trafik dan keselamatan.
"Dalam kes ini, oleh kerana festival itu akan diadakan di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, maka tidak ada keperluan untuk mengeluarkan notis kepada ketua polis daerah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainol.
"Bagaimanapun, penganjur dinasihatkan memaklumkan kepada polis supaya pihak berkuasa boleh membantu dalam kawalan lalu lintas dan perkara berkaitan keselamatan," katanya sambil menambah, ia hanya merujuk kepada pihak polis dan bukan agensi lain.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata penganjur perlu memohon permit melainkan jika acara itu diadakan di dalam ruang yang tertutup.
"Dalam keadaan biasa, permit diperlukan, tetapi jika ia diadakan dalam ruang atau kawasan yang tertutup, kami akan membenarkannya.
"Kami tidak mahu mereka mengadakannya di kawasan terbuka yang boleh mengganggu ketenteraman awam," Tengku Adnan dipetik berkata.
Pengurus sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh mempersoalkan keperluan untuk mendapatkan permit kerana acara itu akan diadakan di kawasan persendirian. 
Antara aktiviti di festival itu termasuk tayangan filem The Lady, kisah mengenai aktivis demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi, dan pameran foto dari perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos tahun lepas.

 -The Malaysian Insider.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget