Beri sokongan padu kepada calon BN-SUPP


SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan Robert Lau menggesa pengundi memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lau yang juga pengerusi BN Kawasan Sibu berkata, ini bagi memberi peluang kepada calon terbabit terus berkhidmat kepada rakyat memperjuangkan pembangunan Sibu.

Menurut beliau, PRN Sarawak dijangka berlangsung pada Mac atau April tahun ini.

“Justeru, pengundi perlu memberi sokongan kepada calon BN-SUPP meneruskan khidmat kepada rakyat terutama dalam memperjuangkan pembangunan infrastruktur,” katanya semalam.

Lau berkata sebagai salah sebuah parti komponen BN, SUPP menghantar calon bertanding pada PRN nanti.

Dalam pada itu beliau mendakwa bakal mewakili BN-SUPP bertanding di DUN Bawang Assan.

“Saya berharap pengundi memberi sokongan padu kepada calon BN-SUPP supaya menang dengan majoriti besar,” katanya.

Terdahulu, Lau mengagihkan barang keperluan semasa melawat Rumah Chinda dan Rumah Anchum, Rantau Panjang di sini.

Menurut beliau, sumbangan barang keperluan tersebut diperolehi daripada peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Lau juga meminta ahli SUPP tidak kira sama ada ahli lama atau baharu berganding bahu sehati sejiwa berkhidmat kepada rakyat demi kebajikan rakyat.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget