AMANAH selar hujah 'bodoh' dakwa pemimpinnya Syiah


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad hari ini tampil menjawab dakwaan yang mengatakan partinya itu dipimpin oleh individu berfahaman Syiah.

Dalam video di blognya, Khalid berkata, seorang ustaz yang mempunyai pangkat doktor memberikan ceramah di sebuah surau di Seksyen 9, Shah Alam dengan mendakwa beberapa pemimpin AMANAH sebagai penganut Syiah.

Menurut Khalid, ustaz berkenaan mendakwa Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Presidennya Mohamad Sabu dan Ketua Biro Undang-undang Mohamed Hanipa Maiden sebagai Syiah.

Sehubungan itu, anggota parlimen Shah Alam itu mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut memandangkan ustaz berkenaan tidak mengemukakan sebarang bukti.

"Kita dalam Islam ini, bukti mesti dikemukakan oleh orang yang membuat pendakwaan dan dia dakwa Mat Sabu (Mohamad) Syiah. Bukti tak ada.

"Dia kata Syiah ini penipu, konspirasi, tapi dalam ucapan dia, dia merujuk seorang tok guru yang dikenali sebagai ketua Syiah seluruh Malaysia di Kelantan.

"Awak kata Syiah tak boleh dipercayai tapi itu sahaja rujukan kamu dengan kata Mat Sabu Syiah?" soal Khalid.

Takkan polis tak tahu?

Malah, Khalid turut mempertikaikan dakwaan ustaz berkenaan yang mengatakan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu pergi ke Karbala (gambar), Iraq setiap tahun.

"Kalau tiap-tiap tahun takkan polis tak tahu, imigresen tak tahu. Ini sekadar dengar kata tok guru Syiah yang beritahu yang dia sendiri kata tak boleh percaya. Fikir baliklah. Saya harap orang yang dengar kuliah macam ini fikir balik," katanya lagi.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget