Strategi percepat bangun luar bandar

Kerusi DUN baharu merapatkan jurang perbezaan pembangunan bandar, luar bandar

KUCHING: Pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu diluluskan Dewan Rakyat, Rabu lalu disifatkan strategi baharu mempercepatkan proses pembangunan kawasan luar bandar.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sarawak itu dapat memastikan kawasan luar bandar masih ketinggalan di negeri dapat dibangunkan.

Katanya ia sejajar dengan hasrat Ketua Menteri untuk terus membangunkan kawasan luar bandar sekali gus merapatkan jurang perbezaan pembangunan dengan kawasan bandar.

“Sememangnya berita ini amat menggembirakan kita khususnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembangunan.

“Jadi strategi ini dibuat bagi membantu memastikan kawasan luar bandar dapat dibangunkan selari dengan kawasan bandar,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Sponsor-A-Meal’ anjuran Hotel Merdeka Palace di sini, semalam.

Beliau juga ADUN Dalat berkata keputusan itu jelas memberi suntikan semangat baharu kepada wakil rakyat terutama luar bandar yang bekerja lebih keras dalam usaha membawa pembangunan.

Cadangan tambahan 11 kerusi DUN Sarawak dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilulus dengan undi belah bahagian dengan 130 ahli yang menyokong, manakala 72 ahli menolak.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata pelbagai aspek pembangunan yang membabitkan kawasan luar bandar perlu difokuskan menerusi usul itu.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget