Sarawak bincang cadangan haram vape


KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak akan membincangkan cadangan untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan vape dalam mesyuarat Kabinet negeri akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, cadangan untuk mengharamkan produk berkenaan perlu dibangkitkan memandangkan rokok elektronik adalah sangat tidak selamat terhadap kesihatan.

“Secara peribadi, saya fikir vape perlu diharamkan tetapi perkara ini perlu dibawa kepada mesyuarat Kabinet negeri terlebih dahulu.

“Kami akan berbuat demikian apabila tiba masanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya penggunaan semua produk vape diharamkan di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi tanpa alasan.

Kementerian Kesihatan juga menyambut baik titah Sultan Johor yang selaras dengan hasrat kementerian untuk mencapai Generasi Malaysia Bebas Daripada Sebarang Amalan Merokok menjelang 2045.

Sementara itu, Menteri Muda Kesihatan Awam negeri, Datuk Dr. Jerip Susil memberitahu, penggunaan dan penjualan vape dilihat wajar diharamkan demi kesihatan masyarakat.

“Pengawet yang digunakan untuk mengekalkan nikotin dalam vape sebenarnya adalah ‘formaldehyde’ yang sangat beracun bagi tubuh.

“Vape juga boleh disalah guna dengan meletakkan dadah. Walaupun pengeluar cecair mengeluarkan kandungan cecair mengikut standard, namun pengguna boleh meletakkan apa sahaja jenis sebatian dalam vape mereka,” ujarnya.

- Utusan Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget