Sarawak perlu peruntukan lebih besar capai ekonomi berpendapatan tinggi


KUCHING: Sarawak memerlukan peruntukan lebih besar daripada kerajaan persekutuan dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata disebabkan kekurangan peruntukan tersebut Sarawak ketinggalan dalam banyak bidang dan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengejar pencapaian dilakar di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya menggariskan dasar transformasi mencapai status negara maju pada 2030 dengan meletakkan penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan terutamanya bidang teknologi dan komunikasi.

“Bagaimanapun, semua ini memerlukan jumlah wang yang besar dan oleh itu kerajaan persekutuan dijangka memberi peruntukan lebih besar untuk Sarawak bagi membolehkan negeri ini mengejar apa dicapai di Semenanjung Malaysia.

“Untuk bersaing dengan dunia luar adalah penting bagi kerajaan melahirkan modal insan bertaraf dunia sekiranya pelajar tidak cekap berbahasa Inggeris.

“Sebab itu, kerajaan negeri meletakkan penekanan terhadap Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Bahasa Inggeris adalah perlu bagi kita untuk maju dan bersaing dengan negara-negara lain,” katanya pada Penangguhan Persidangan Jawatankuasa Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi 2015 (NRICon2015) di sini semalam.

Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar itu berkata kerajaan negeri menetapkan hasrat mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dan rakyat hendaklah menjadi kreatif dan inovatif atau mereka tidak akan maju.

Beliau berkata, NRICon 2015 dengan tema ‘Budaya Catalyst Penyelidikan ke arah Kecemerlangan Akademik’ adalah sangat tepat pada masanya.

“Ini perlu ditekankan budaya inovasi mesti diterima semua orang terutamanya penjawat awam dan bukan hanya berguna di dalam acara. Ia mesti menjadi satu tabiat untuk semua dicontohi,” jelasnya.

Tambahnya, memupuk budaya penyelidikan kalangan pensyarah memastikan pendidik dihormati dan dapat bersaing dengan perubahan semasa di negara ini.

Hadirb sama Pengarah Politeknik Kuching Sahul Hamed Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kuching Sarawak Anwar Mohd Dris, Timbalan Pengarah Akademik Sokongan Politeknik Kuching Sarawak, Jemien Ental, Profesor Bersekutu Dr Norhazilan Md Noor dan Penceramah Utama dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Amir Azam Khan.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget