SPRM rakam kenyataan Jho Low, Suboh Ahad lepas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kenyataan itu dirakamkan pegawai SPRM, sambil menambah beliau belum membaca kenyataan dibuat Jho Low dan Suboh.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Mengenai hasrat SPRM merakamkan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu, Shukri berkata SPRM masih menunggu Najib untuk memberi respons terhadap perkara itu.

"Saya berharap perdana menteri akan memberi respons secepat mungkin tetapi semuanya terserah kepada beliau memandangkan beliau agak sibuk pada masa ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pada 12 November lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemubual Najib mengenai isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari sama berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahunya beliau perlu memberi kenyataan kepada SPRM berhubung isu berkaitan dana politik supaya siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget