Razi cadang rumah bantuan kerajaan dilengkapi bekalan elektrik


KUCHING: Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas) mencadangkan agar Projek Program Bantuan Rumah disertakan dengan komponen pemasangan elektrik.

Dalam ucapan bahasnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 semalam, Razi berkata banyak projek di kawasan Saribas terbiar dan tidak diduduki kerana tiada elektrik.

“Banyak projek bantuan rumah di kawasan Saribas khususnya terbiar dan tidak diduduki kerana tiada bekalan elektrik atas alasan tidak mampu memasang elektrik ke rumah tersebut.

“Sebab itu, saya mencadangkan agar komponen pemasangan elektrik dimasuk dalam projek ini bagi membantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Razi berkata saban tahun kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk pelaksanaan program bantuan rumah di peringkat bahagian dan daerah.

Namun katanya seringkali menimbulkan isu dari segi pemilihan kelulusan siapa yang layak menerima rumah di bawah program ini.

Selain itu program ini turut berhadapan dengan masalah kualiti pelaksanaan oleh kontraktor yang berkenaan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kerajaan meluluskan peruntukan yang lebih besar untuk agihan setiap daerah dan mengikut kawasan DUN.

Beliau turut memohon kepada pihak berkenaan agar lebih tegas dari segi pemantauan pelaksanaan projek supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan penerima.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget