Pengkritik Akta MKN perlu fahami apa yang tersirat - Ahmad Zahid



BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat adalah bagi menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat di negara ini .

Zahid menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Akta MKN untuk memahami apa yang tersirat dan bukan sekadar tahu mengkritik.

Menurutnya, kuasa eksekutif yang diberikan kepada MKN adalah suatu yang tidak boleh disalah guna.

"Akta MKN iaitu Akta Majlis Keselamatan Negara telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ketidak puasan hati beberapa NGO harus dilihat namun pihak berkenaan harus membaca apa yang tersirat dalam akta itu. Akta itu bagaimanapun tidak diberikan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri atau beberapa menteri yang berkaitan dengan soal keselamatan."

"Sebaliknya kuasa diberikan kepada majlis iaitu sebuah badan yang tidak menyalahgunakan kuasa dan ertinya adalah diberikan kuasa eksekutif," katanya di majlis penutupan Program satu komuniti satu JPJ (SKSJ) dan program "Jom JPJ" di sini pada hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengkritik MKN selepas diberi 15 kuasa khas dalam operasi keselamatan negara yang akan ditubuhkan untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi keselamatan. - Astro Awani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget