Beri mandat kepada Adenan kekal terajui Sarawak: Dorris


SRI AMAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Sophia Dorris Brodie berkata, kedudukan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai pemimpin tertinggi akan terus kekal jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, ini kerana Adenan merupakan ketua menteri yang penuh dengan misi dan polisi pembangunan sesuai dengan kehendak rakyat.

Tambahan pula, katanya, Adenan bersifat sentimental dalam menuntut rakyat Sarawak memahami perkara dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963.

“Jadi dengan berbuat demikian, Adenan secara tidak langsung mampu mewujud pemahaman lebih meluas mengenai hak kita sebagai rakyat Sarawak dalam konteks Malaysia,” katanya.

Doris berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis perasmian Pusat Kreatif Kraftangan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sri Aman di sini baru-baru ini.

Sementara itu kata Doris usaha MPWK Sri Aman mengadakan aktiviti kreativiti kraf tangan untuk semua rakyat di kawasan Sri Aman ini wajar dipuji.

Jelasnya, industri penginapan di Malaysia masih belum diterokai seluasnya walaupun wujud produk kraf tangan tempatan berkualiti tinggi di negeri ini.

“Lagi pun teknik tradisional seperti menenun, merajut benang, melukis dan membuat kek perlu dibangkitkan semula agar ilmu itu dapat diwariskan kepada generasi muda pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Angeline Umihto, Pengerusi MPWK Sri Aman, Annie Lai, Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Sri Aman, Temenggung Samuel Lawen dan Naib Ketua Pergerakan Wanita PRS, Roseline Neging.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget