PBDS Baru tubuh pusat khidmat di kerusi Stakan


KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru menubuhkan pusat khidmat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu iaitu N.17 Stakan.

Penubuhan pusat khidmat ini adalah bagi memperkuatkan jentera parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli tertinggi parti, Cobbold John berkata penubuhan Pusat Khidmat N.17 Stakan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkuatkan sokongan rakyat terdapat parti.

“Penubuhan pusat khidmat di Stakan ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuhkan parti dalam kalangan kaum Dayak di kawasan ini.

“Tetapi lebih penting ia akan menjadi pusat untuk rakyat terutama dari kawasan ini mendapatkan khidmat daripada parti dengan lebih mudah,” ujarnya.

Cobbold juga tidak menolak bahawa parti berhasrat untuk meletakkan seorang calon di kerusi N.17 Stakan pada PRN nanti.

Katanya, terdapat kira-kira 12,761 pengundi Dayak di Stakan dan ini merupakan peluang yang baik untuk PBDS Baru melebarkan sayapnya di kawasan itu.

Malah, Cobbold mengakui parti kini mempunyai bilangan ahli yang agak ramai di Stakan terutama dari kaum Dayak.

Dalam pada itu, selain Stakan, parti turut mempunyai pusat khidmat di Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Opar dan akan datang N.18 Serumbu.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget