Parlimen EU tegur isu 1MBD, derma RM2.6 bilion dan penjara Anwar


SHAH ALAM : Parlimen Kesatuan Eropah (EU) menggesa Putrajaya lebih telus dan adil dalam siasatan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, berkata melalui resolusi itu EU menyertai badan global termasuk Transparency International dan media termasuk penyiasat dari Hong Kong, Singapura, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat supaya kerajaan Malaysia menggesa siasatan terhadap 1MDB.

"Berhubung dakwaan rasuah, EU menggesa agar ‘siasatan bebas dan adil’ dan kerajaan tidak seharusnya menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan media," katanya dalam kenyataan.

Sim berkata, resolusi itu memalukan negara dan jika tidak ditangani, skandal 1MDB akan terus menyumbang nama buruk kepada Malaysia di peringkat antarabangsa.

Katanya, resolusi itu turut menyentuh penggunaan Akta Hasutan 1948, sekatan perdebatan umum dan pengucapan bebas selain Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru diluluskan di Parlimen sebelum ini.

"Di bawah Akta Hasutan sendiri menyaksikan sekurang-kurangnya 78 disiasat atau didakwa sejak awal 2014," kata resolusi itu.

EU turut membangkitkan penahanan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat pada Februari 2015 dengan menyifatkan ia sebagai 'pendakwaan berasaskan politik' serta mengakibatkan pendakwaan jenayah yang tidak mematuhi standard perbicaraan antarabangsa.

"Beliau (Anwar) turut dinafikan hak mendapatkan rawatan perubatan.

"Kebimbangan yang disuarakan resolusi Parlimen EU ini bukan baharu bagi Malaysia," kata Sim.

- Selangor Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget