Dua setengah jam Najib disoal SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menyoal siasat Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung wang bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke syarikat SRC International Sdn Bhd serta dana RM2.6 bilion di akaun persendirian perdana menteri.

Proses itu berlangsung di bangunan parlimen pagi tadi.

Menurut sumber, beberapa pegawai kanan terlibat dalam proses mengambil keterangan berkenaan.

Najib adalah pemimpin tertinggi kerajaan pertama disoal siasat SPRM ekoran siasatan kes membabitkan rasuah setakat ini.

Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan SPRM, pegawai agensi antirasuah itu menghabiskan masa dua setengah jam bersama Najib.

Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM,” menurut kenyataan itu.
Isu dana itu mula didedahkan akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) dan laman sesawangSarawak Report pada Julai lalu.
Najib kemudian mendakwa wang RM2.6 bilion itu adalah derma daripada hartawan Timur Tengah menjelang pilihan raya umum lalu. Ia kemudian disahkan oleh SPRM.
Bagaimanapun SPRM masih menyiasat kes berkenaan untuk memastikan ia bukan rasuah politik.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget