China minat melabur tiga bidang utama di Sarawak


KUCHING: Tiga syarikat dari China berminat untuk melabur dalam tiga bidang utama di negeri ini iaitu infrastruktur, pengurusan sisa dan gas asli.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata syarikat –syarikat itu ialah China State Construction Engineering Corporation Ltd (CSCEC), Blue Ocean Energy Co. Ltd (BOE) dan Blue Energy Technology Co. Ltd (BET).

“Mereka (tiga syarikat dari China) akan membuat penyelidikan mendalam dalam ketga-tiga bidang ini terlebih dahulu seterusnya mengemuka kertas cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk diteliti dan dipertimbang.

“Kertas cadangan daripada ketiga-tiga syarikat ini akan diteliti jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Teknikal Negeri,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan ketiga-tiga syarikat China itu di sebuah hotel ternama di situ.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Morshidi berkata CSCEC menaruh minat untuk melabur dalam pembinaan jalan pesisir pantai di negeri ini dan yakin syarikat itu boleh melakukannya dengan baik berdasar kedudukan kewangannya yang kukuh.

“ Ya, mereka menunjukkan minat dalam penyediaan infrastruktur di Sarawak tetapi saya fikir ia boleh melangkaui bidang itu.

“Mereka boleh mengkaji bidang lain juga seperti pertanian dan pelancongan,” katanya sambil menambah tiada kerangka masa ditetapkan untuk syarikat itu mengemukakan kertas cadangan mereka.

Menurutnya BOE berminat dalam sektor pemprosesan gas asli di negeri ini manakala BET mempunyai kepakaran serta teknologi dalam pengurusan sisa diperakui di peringkat antarabangsa.

“BET mahu membawa teknologi pengurusan sisa ke Sarawak yang berpotensi diterokai.

“Namun masih terlalu awal juga untuk meramal syarikat ini akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan kerana kita perlu teliti kertas cadangan mereka terlebih dahulu,” ujarnya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget