Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah

Amanah bersedia pasukan peguam untuk membela Mohamad Sabu sekiranya PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah.

"Amanah menghormati hak sesiapa sahaja, termasuklah PAS, bagi menyaman Amanah atau mana-mana pemimpinnya.

"Namun kami ingin mengingatkan PAS, yang Amanah tidak pernah melayan PAS sebagai seteru politiknya," kata ahli Parlimen Sepang itu.

Menurut Hanipa, Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

"Amanah berhak memfailkan saman balas sekiranya PAS masih mahu bertarung di mahkamah."

PAS Pulau Pinang semalam dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Isis.

Berita Harian melaporkan, setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan di peringkat pusat akan membabitkan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget