STAR bukan parti mesra BN: Lina


SIBU: Parti Reformasi Sarawak (STAR) bukan parti mesra Barisan Nasional (BN), kata Bendahari STAR Lina Soo.

Menurutnya, STAR adalah parti mesra rakyat dan khidmatnya untuk rakyat Sarawak serta mengiktiraf rakyat sebagai ‘political master’.

“Kami akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai parti pembangkang di Sarawak.

“Pendirian kami adalah landasan pro-Negara Sarawak, sebagai sebuah kuasa politik baharu khusus memperjuang hak-hak rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau memberitahu, STAR meletakkan calon di kawasan yang berpotensi menang serta kawasan banyak memberi sokongan terhadap parti mereka.

“Kami menumpukan kepada kedua-dua kawasan iaitu luar bandar dan bandar kerana STAR adalah sebuah parti pelbagai kaum.

“Pada masa ini kami sedang membuat persediaan,” katanya sambil menambah, kini STAR mempunyai kira-kira 30,000 pengikut di seluruh Sarawak.

Justeru, Lina menjemput parti politik lain yang berpangkalan di Sarawak, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan aktivis serta individu sealiran dengan mereka bersama-sama ke arah mencorakkan masa depan Sarawak yang lebih cerah.

STAR juga mengalu-alukan penubuhan sekumpulan aktivis dipanggil CIA (calon bebas Bebas) membuat keputusan menawarkan diri mereka sebagai ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat pada PRN akan datang.

“Ini belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

“Kami menghargai semangat dan keinginan mereka mewakilkan diri sebagai ahli politik Sarawak apabila kedua-dua kerajaan dan pembangkang gagal mewakili kepentingan aspirasi dan pengundi,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi STAR Bintulu Chieng Lea Phing, Setiausaha Penganjur STAR Midi Johrek dan ahli-ahli daripada Sarawak 4 Sarawakians (S4S).-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget