Indonesia perlu ambil tindakan terhadap dalang penyebab jerebu, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menjadi dalang penyebab jerebu yang bukan sahaja menjejaskan kualiti udara di Malaysia tetapi juga ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata hanya Indonesia sahaja dapat memastikan dan membuktikan sama ada keadaan jerebu disebabkan aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negara itu atau kesan daripada perubahan cuaca.

Menurutnya pihak Indonesia sahaja boleh memperoleh bukti daripada syarikat perladangan yang beroperasi di negara itu yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka.

"Perlu pastikan sama ada jerebu disebabkan perbuatan manusia atau kebakaran berlaku disebabkan cuaca kering," katanya ketika mengulas keadaan jerebu di negara kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas mengakhiri lawatan kerja 3 hari ke Milan.

Beliau berkata penyelesaian kepada masalah jerebu memerlukan kerjasama erat antara Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam mewujudkan pelan tindakan yang lebih berkesan.

"Ia mengambil kira perjanjian yang dibuat antara ketiga-tiga negara dalam menangani isu jerebu.

"Malaysia bersama-sama Singapura dan Indonesia masih berusaha untuk menterjemahkan perjanjian tersebut dalam bentuk tindakan yang sesuai supaya perkara tersebut tidak berulang," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget