DAP punca tanggapan buruk Melayu terhadap Cina – Isma


PETALING JAYA: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong penuh kenyataan MCA yang menuduh DAP telah lama menyemai benih kebencian antara kaum terutama dalam kalangan Melayu dan Cina.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, pendirian melampau dan ektstrem yang ditonjolkan parti rasis dan cauvinis DAP telah menimbulkan tanggapan buruk orang Melayu kepada kaum Cina di negara ini.

“Saya sokong kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Orang Cina perlu faham bahawa mereka telah memberi mesej yang salah apabila menyokong DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Ismaweb.

Tiong Lai dalam kenyataan media berkata, pendekatan konfrontasi yang dipraktikkan DAP dan anasir radikal yang dilahirkan mereka akan membawa kerugian terutama kepada kaum Cina.

“Walaupun mereka sering melaungkan perjuangan yang meliputi semua kaum, namun DAP sebenarnya telah memperolok-olokkan dan membohongi rakyat dengan sering kali memainkan isu dan sentimen perkauman,” kata Tiong Lai.

Abdullah Zaik berkata, pendirian dan ‘ego’ DAP seolah-olah menunjukkan semua orang Cina bersikap sama seperti parti itu sekaligus ia mencetuskan kepada ketegangan antara kaum.

Katanya, MCA dilihat lebih memahami konsep permuafakatan antara kaum di negara ini sekaligus berperanan untuk meneutralkan dan mencari jalan damai kepada persefahaman antara kaum.

“MCA lebih faham pemuafakatan antara kaum di negara ini, sebab itu MCA boleh memainkan peranan yang lebih mendamaikan,” katanya.-Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget