UNIMAS anjur sidang IT antarabangsa




KOTA SAMARAHAN, Isnin - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) akan mengadakan Persidangan IT Antarabangsa di Asia (CITA) Kali Kesembilan pada 4 hingga 6 Ogos di Hotel Hilton. Pengerusi Penganjur, Dr. Edwin Mit berkata, sebanyak 42 kertas kerja dibentangkan merangkumi bidang "taming multimedia big data, "software engineering", "big data knowledge management", "computational modelling and simulation for big data serta computer systems and communication technology".

"Keistimewaan CITA pada kali ini apabila kita menyelesaikan data yang lebih besar berbanding dengan persidangan sebelum ini selari dengan temanya, "transforming big data into knowledge". "Data-data tersebut boleh digunakan dalam kerja seharian yang membabitkan sesi bengkel dan tutorial," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi wawancana bersama Utusan Sarawak di sini, hari ini. Edwin menjelaskan, pihaknya turut menjemput tiga orang speaker dari luar negara yang amat dikenali dalam bidang IT.

"Mereka ialah Profesor. Timos Sellis dari Greece, Dr. Bebo White dari Amerika Syarikat (AS) dan

Prof. Geoff Holmes dari New Zealand (NZ). "Justeru, kita berharap setiap peserta mendapat ilmu pengetahuan dalam bidang IT secara terperinci melalui persidangan bertaraf antarabangsa ini," jelasnya. Katanya, pelajar antarabangsa sememangnya menantikan persidangan berkenaan yang dijadikan sebagai platform ke tahap lebih tinggi dalam bidang IT. "Kita menyasarkan lebih 100 penyertaan manakala 11 buah negara iaitu AS, United Kingdom, Jerman, Filipina, Thailand, Vietnam, Australia, NZ, Malaysia, Nigeria dan Pakistan telah menghantar kertas kerja.

"Kita juga mendapat tajaan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB), Unit ICT Jabatan Ketua Menteri, SACOFA, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Baitulmal, SAINS dan Mira Cake House," ujarnya. Persidangan tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem. Tarikh tutup pendaftaran bagi pembentang ialah 24 Julai manakala peserta boleh mendaftar pada tarikh persidangan.

Yuran pendattaran bagi pembentang kertas kerja ialah RM1,380, pelajar (pembentang) ialah RM960 manakala peserta bengkel ialah RM320 bagi pelajar dan RM590 untuk peserta luar. Keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 082-583643 atau emel kepada secretary@ cita.my atau layari Taman web di www.cita.my. Hadir sama, Timbalan Dekan (Pascasiswazah dan Penyelidikan) FSKTM, Dr. Dayang Nurfatimah Awang Iskandar. –Utusan Sarawak.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget